KUALA LUMPUR: Lapan lelaki tempatan dan seorang wanita rakyat asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket keldai akaun bank yang melakukan aktiviti mengumpul kad ATM, mengeluarkan wang melalui mesin ATM dan pemindahan perbankan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
Beliau berkata polis turut merampas 11 telefon bimbit pelbagai jenama, 14 keping kad ATM pelbagai bank, satu unit modem dan router, lima cop syarikat, enam keping kad sim, lapan keping senarai nama dan akaun, tiga keping slip kemasukan duit dan wang tunai pelbagai matawang bernilai RM1,649.
"Kumpulan sindiket ini berperanan membekalkan maklumat perbankan dan menyediakan urusan 'online banking' bagi akaun bank yang diperoleh daripada keldai akaun sebelum ia diserahkan kepada kumpulan sindiket yang lain.
"Wang hasil aktiviti itu akan dikeluarkan oleh ahli sindiket ini dan kemudian akan dihantar ke akaun yang diberikan oleh ahli sindiket melalui deposit tunai. Kesemua ahli sindiket ini menerima komisen sebanyak dua peratus daripada jumlah yang dikumpulkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata kesemua mereka direman mulai semalam hingga 16 Julai bagi tindakan dan siasatan selanjutnya.
Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran pulangan wang tunai untuk menyerahkan maklumat akaun dan kad ATM yang tidak jelas dengan menjanjikan tawaran yang terlalu menarik.
"Jangan mendedahkan data peribadi, nombor pin dan kata laluan atau maklumat perbankan kepada pihak ketiga atau mana-mana individu yang tidak dikenali.
"Selain itu, sila laporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan dan jika mengesyaki aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau balai polis yang berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Amihizam berkata kesemua mereka direman mulai semalam hingga 16 Julai bagi tindakan dan siasatan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
42 kematian akibat komplikasi
42 kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
SPRM reman Pengarah Urusan, ubah status tanah rezab Melayu
SPRM menahan reman seorang pengarah urusan syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah rezab Melayu kepada bukan rezab Melayu.
Semikonduktor: Kenapa ia menguntungkan Malaysia?
Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia.
Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.
Norway, Sepanyol secara rasmi iktiraf kenegaraan Palestin
Norway dan Sepanyol pada Selasa mengumumkan pengiktirafan rasmi mereka terhadap Negara Palestin manakala Ireland dijadualkan menyusul langkah kedua-dua negara itu.
AWANI Borneo [28/05/2024] - Industri semikonduktor | Bernilai RM2.7 juta | Elak pokok tumbang
Awani Borneo Selasa, 28 Mei 2024 bersama Syaff Shukri;
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
1. Industri Semikonduktor: 3 fasa strategi NSS, tarik pelaburan
2. Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
3. DBKK ambil perhatian serius pengurusan pokok matang
Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".
Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha
Program Geran Kreatif KL yang dilancarkan itu merupakan antara inisiatif penting di bawah kelolaan Think City dan sebanyak RM20 juta telah diperuntukan untuk inisiatif ini dalam Belanjawan 2024.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup ayam sejuk beku
Cubaan menyeludup 9 kontena berisi daging ayam sejuk beku ke Sabah gagal apabila aktiviti itu dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah pada 7 Mei di Pelabuhan Teluk Sepanggar.
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.